Thursday, January 12, 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba



Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkanlah aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri,

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut pada Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya,cinta yang suci itu tidak buta,

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada Mu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredaan Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mahwadah dalam rumahtangga,

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkanlah kami,
Jarakkanlah kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosakkan izzah dan iffah,
Agar kami tidak mengundang murka Mu,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi,

Ya Allah,
Andai dia bukan untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar benar mampu memimpinnya ke syurga Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta Mu. . .

Amin Ya Rabbal Alamin. . .




p/s : credit to iluvislam



Terima kasih kerana sudi membaca..Kalau suka Like ok :)

0 0 orang mengomen: